Huh!!!!! Terimakasih kepada yang punya resepi ni Pn masam manis. Memang mudah, seperti dia kata "Kalau tahu senang macam ni, dari dulu lagi dah buat kuih ni". Memang betul seperti katanya itu. Sangat mudah dan gerenti jadi.
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sudu teh air kapur
1 cawan air daun pandan(pekat)/ 1/2 sudu teh pewarna hijau
Sedikit garam
Daun pisang
Aluminium foil
Kelapa parut
Bahan untuk Air Gula:
3 ketul gula kabung
1cawan gula pasir
3 helai daun pandan
3 cawan air
Cara-cara untuk membuat :
Beras pulut direndam selama 3 jam bersama air daun pandan. Toskan beras pulut dan kukus selama 20 minit (tanpa dicampur air). Kemudian ditambah santan dan kukus lagi selama 30 minit. Setelah selesai, keluarkan dari loyang dan letakkan di atas daun pisang yang sudah dibersihkan. Dipicit-picit pulut tersebut semasa kita menggulung dengan daun pisang. Agak-agak pulut tersebut sudah padah, saya gulung sekali lagi dengan aluminium foil supaya pulut tersebut lebih padat kerana daun pisang boleh pecah apabila kita menggulung pulut itu.
Biarkan pulut sejek sebelum dipotong.
Pulut yang sudah digulung dengan daun pisang
Pulut yang telah disejukkan
Penyediaan Air Gula.
Campurkan gula kabung, gula pasir, air dan daun pandan. Masak sehingga gula hancur dan biarkan sampai mendidih. Bila sudah mendidih tapis air gula dan masukkan ke dalam mangkuk
Apabila pulut tadi sudah sejuk, potong pulut setebal 1cm dan digaul dengan kelapa parut yang sudah dicampur garam. Kuih lopes sedia untuk di makan.
0 comments:
Post a Comment