Alhamdulillah, saya tak pernah buat Kek Pisang tetapi kerana sahabat tersayang nak kek pisang maka saya pun cubalah membuatnya. Saya pun mulakan carian untuk mencari resepi yang paling mudah. Maka saya jumpa di dapur Pn Raihan Shaari. Terima kasih daun keladi nanti boleh jengok lagi. Resepi ni memang mudah dan terjamin sedap.
Bahan-bahannya :
4 biji pisang Chiquitta
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
4 biji telur
1 cawan 1/2 tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar yogurt
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara membuat :
Campurkan minyak, gula dan telur kedalam mixer dan pukul sehingga adunan menjadi putih. Tumbuk pisang sehingga hancur. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder kemudian campurkan dengan pisang. Tuangkan adunan kedalam bancuhan telur tadi dan kacau sehingga rata.
Saya tak jadi buat kek, saya buat cup cake lah. Lagi cepat masak.....dapat dalam 24 biji cup cake. Selamat Mencuba!!!!!
1 comments:
How to make money off of online casinos with no deposit
· หารายได้เสริม "I had a dream of doing my real septcasino money casino in Vegas. There are so many online casinos 메리트 카지노 주소 out there,
Post a Comment