Bahan-bahan :
1 kg udang yang sederhana besar (dibuang kulit)
20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji bawang besar (dihiris)
6 papan petai (dibuang kulit)
1 biji tomato (dihiris)
2 sudu asam jawa Adabi
garam secukup rasa
1 cawan minyak masak
Cara membuat :
Cili kering, bawang kecil, bawang putih dan halia dikisar. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi. Bila dah naik bau dan layu, masukkan bahan2 yang telah dikisar. Tumis sehingga cili masak dan masukkan tomato. Masak sampai tomato lembut kemudian masukkan udang dan petai.
Kacau dan biarkan sebentar sehingga udang masak. Bubuh asam jawa, garam dan gula. Kacau supaya rasanya sekata dan biarkan sampai naik minyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
2 comments:
salam kenal, kak Jamilah,
Datang berkenal-kenal ngan kak. Seronok baca kisah skolah kak jamilah kat bawah tu, kuat sungguh azam kak untuk masuk univ. glad to meet you. :))
Waalaikumsalam,
Indahhouse...terima kasih kerana sudi melawat blog kak milah ni. Itulah hakikat hidup kan? Alhamdulillah, pengajaran itu akan mendidik kita menjadi manusia yang hormat pada diri sendiri. Semoga kita jumpa lagi
Post a Comment