Fresh from the oven.......yummy!!!!
Buttermilk Bun
Alaaahai....lama betul nak ambil masa nak bubuh resepi Buttermilk Bun ni....bukan apa, tak ada masa. Kawan-kawan di Turki, mohon maaf yang teramat sangat ya.
Bahan-bahan :
- 600g tepung gandum
- 2 sudu yis kering
- 8 sudu gula pasir(halus)
- 8 sudu susu tepung
- 3 sudu besar butter
- 1 biji telor
- 1 biji kuning telor
- 2 sudu susu segar
-1 1/2 cawan air suam kuku
Cara-cara membuat
- Ambil 4 sudu gula pasir halus dan campurkan dengan 1 cawan air. Kacau sampai larut dan biarkan yis tadi kembang.
- Campurkan tepung gandum, baki gula dan sebiji telor. Gaul sehingga rata kemudian tuangkan sedikit demi sedikit yis yang telah kembag tadi. Uli perlahan-lahan sehingga habis yis tadi. Kemudian masukkan butter dan uli lagi sehingga rata.
- Campurkan baki air dengan sedikit garam. Peringatan, jangan masukkan garam kedalam tepung atau yis diperingkat awal proses sebab ia akan menyebabkan yis tadi tidak berfungsi dengan baik. Tuangkan baki air sedikit demi sedikit kedalam adunan dan uli sampai licin dan sangat lembut. Tetapi pastikan doh tidak melekat pada tangan. Sekiranya doh masih melekat bermakna masih belum cukup uli.
- Selesai menguli, rehatkan doh. Biarkan doh mengembang sehingga dua kali ganda adunan tadi. Pada masa yang sama siapkan inti roti.
Bahan-bahan inti
- 200g salted butter
- 150g gula
-150g susu tepung
Pukul butter dan gula sehingga lembut dan campurkan dengan susu tepung. Pastikan adunan ini boleh dijadikan guli untuk dimaksukkan kedalam doh roti. Kiranya tak dapat dibulat-bulatkan, tambah sedikit lagi susu tepung.
Apabila doh roti telah kembang dan saiznya sudah berganda, tumbuk-tumbuk adunan tersebut untuk membuat angin. Kemudian guna pisau atau gunting untuk memotong doh menjadi ketulan kecil seberat 50g setiap satu.
Bulat dan lenyek diatas tapak tangan kemudian letakkan inti didalamnya. Cantumkan hujung doh danjadikan bulat seperti bun. Ulang proses sehingga selesai. Perhatian, sekiranya doh dipotong dengan tangan secara menarik-narik doh, maka roti yang terhasil tidak seperti yang diharapkan.
Biarkan sebentar sehingga bun tadi kembang. Bila sudah kembang, pukul kuning telor yang dicampur dengan susu segar dan sapukan diatas doh sebelum dimasukkan kedalam oven.
Bakar pada suhu 180*C selema 15 minit, bergantung pada oven sendiri. Pastikan warna roti kita kuning keemasan.
Siap sedia untuk dimakan.
1 comments:
as salam kak..nak resepi boleh..buttermilk bun nie..
Post a Comment