January 30, 2010

Puree dan Kentang Masala




Bahan-bahan untuk membuat puree :

- 1 kg tepung wheatmeal(boleh juga guna tepung gandum)
- 1/2 cawan minyak jagung
- air suam secukupnya
- 2 sedu teh garam
- 4 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara membuat :

- Mula-mula campurkan tepung, minyak jagung dan garam, gaul sampai rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung tersebut. Setelah adunan tersebut sebati dan lembut (seperti adunan roti canai), buatkan bulat-bulat sebesar bola pingpong.

- Kemudian digelek dengan pengelek seperti membuat capati. Pastikan bentuknya bulat dan nipis. Selesai menggelek adunan tadi digoreng bersama minyak panas. Sambil menggoreng tekan adunan tersebut perlahan-lahan dengan sudip dan adunan akan menggelembung. Balikkan puree dan biarkan sekejap sehingga kelihatan kekuningan. Selesai menggoreng, sedia untuk dihidangkan bersama kari ayam atau daging atau kentang masala. Anak-anak saya suka makan bersama susu pekat manis.


KENTANG MASALA


Bahan-bahan :

- 1 kg ubi kentang
- Daun kari
- 2 sudu teh biji sawi
- 2 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh halba
- 3 sudu besar serbuk kari
- 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji tomato yang sederhana besar
- sedikit garam

Cara membuat :

Ubi kentang dipotong dadu sebesar 1 1/2 inci dan direbus sehingga masak. Jangan dibiarkan sampai terlalu lembut. Setelah masak, kentang tersebut ditoskan airnya. Bawang merah dan bawang putih dihiris. Tomato juga dipotong nipis.

Panaskan kuali bersama minyak masak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai naik baunya. Masukkan daun kari, jintan putih, halba dan biji sawi dan goreng sebentar. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh bersama sedikit air. Tumis rempah sampai masak. Seterusnya masaukkan tomato yang sudah di hiris. Setelah tomato tadi layu, masukkan pula kentang. Kacau sehingga rata rempah tadi dengan kentang. Jangan hancurkan kentang tersebut. Sedia untuk dimakan.

January 27, 2010

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam




Bahan-bahannya :

- 400 g tepung pulut
- 1/2 cawan beras pulut hitam (saya blend jer sebab disini tak ada tepung pulut
hitam)
- 1/2 cawan santan
- air secukupnya
- daun pisang (dilayur atas api dan potong mengikut saiz yang kita suka)

Cara membuatnya:

Tepung beras pulut hitam dicampurkan dengan tepung pulut dan digaul hingga rata. Tuangkan santan dan air. Uli sehingga adunan boleh dikepal. Kepalkan adunan dan ditekan dengan jari supaya rata. Letakkan inti dan cantumkan semula adunan tersebut sehingga menjadi bulat.

Pada masa yang sama, panaskan air dalam periuk sampai mendidih. masukkan adunan yang telah siap berinti tadi. Bila adunan itu timbul terus angkat dan masukkan dalam kuahnya sebelum dibungkus dengan daun pisang. Tak perlu dikukus lagi.


bahan-bahan untuk kuah:

- 1 tin cawan santan pekat
- 1 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
- garam secukupnya

Campurkan semua bahan dan kacau diatas api sehingga pekat. Apabila siap, biarkan sejuk. Masukkan terus kuih koci yang diangkat dari periuk tadi ke dalam santan dan ulang proses tersebut sehingga adunan kuih koci tadi habis di rebus. Siapkan daun pisang berukuran 4 in x 4 in. Daun pisang harus di gunting bulat supaya mudah untuk kita melipat kuih itu nanti. Kemudian ambil seketul kuih koci dan bungkus. Ulang proses sehingga kuih koci tadi habis. Kuih Koci sedia untuk dimakan dan tak perlu di kukus lagi.

Resepi Kuih Ketayap



Bahan-bahan inti :

- 1 biji kelapa muda (parut)
(disini tak ada kelapa muda...saya guna lah kelapa tua...ok juga
- 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- sehelai daun pandan
- 2 cawan air

Cara membuatnya :

Campurkan kelapa parut dan gula (saya tambah garam sedikit). Letak daun pandan sekali. Tambahkan air dan masak sehingga airnya kering.

Bahan-bahan untuk kulit kuih ketayap :

- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 cawan air pandan
- sedikit garam
- sebiji telur

Cara membuatnya:

Tepung dan telur digaulkan sekali. Masukkan santan, gaul hingga sebati. Kemudian masukkan air pandan dan kacau lagi hingga rata. Pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan jangan pula terlalu cair. Sebagai panduan, bila adunan dikacau, tepung yang melekat pada senduk itu nipis sahaja.

Setelah selesai. panaskan kuali. Masukkan satu senduk kedalam kuali dan golekkan kuali supaya adunan tadi menjadi bulat dan nipis. Bila telah masak, angkat dan letakkan inti tadi secara melintang. Gulung dan lipatkan sedikit pada hujung bahagian kiri dan kanan. Seterusnya gulung sampai siap.

Sedia untuk dihidang...

January 24, 2010

Mamak's Fried Noodle

This recipe is special for Shaddad' s Assistant Teacher ...Mrs Mary Anne.

Ingredients:

- eggs noodles 500 g (soak into hot water until the noodles....tender)
- dried chilly ( 15 pieces)
- 3 cloves garlic
- 1 cm fresh ginger
- 2 medium onion
( blend the chilly, garlic, ginger and 1 medium onion : another one sliced thinly)
- 200 g fresh prawn
- 100 g tofu
- bean sprout
- carrot (sliced thinly)
- 200 g park soy ( green leaf vegetables)
- 1 egg
- 3 tablespoon vegetables oil
- 4 tablespoon dark soy sauce (as desired)
- 2 tablespoon oyster sauce (as desired)
- 1 teaspoon salt (as desired)
- 1 cup of water


- rinse the noodles under cold water and drain
- meanwhile : heat the wok with oil and stir fry the sliced onion until browned
- add the blended ingredients and stir until the chillies separated from the oil
- add prawn
- after a while add the soy sauce and the oyster sauce and not to forget the salt
- add water and leave until boil
- add the noodles and stir
- when the noodles is almost cooked add all the vegetables
- after the vegetables wilts and the sauce become dry... add the eggs..stir well
- ready to eat now......hehehe

Ikan Belah Belakang.


Bahan-bahan sambal:

- 7 biji cili merah dan 19 biji cili padi ( saya akan pastikan bilangan cili saya ganjil)
- 2 in x 2 in x 1 cm belacan asli (lebih kurang mengikut kesukaan)
- 3 ulas bawang merah
- 2 sudu asam jawa ( saya guna asam jawa ADABI)
- sedikit garam

Cili merah, cili padi, bawang merah dan garam dicampur sekali dan ditumbuk sehingga lumat. Apabila telah lumat masukkan asam jawa dangaul sehingga rata. Kalau di Malaysia saya selalu gunakan ikan Cencaru untuk membuat ikan belah belakang. Tetapi di Dubai saya gunakan Ikan Selar Kuning sahaja. Memang tak pernah jumpa lagi Ikan Cencaru. Anak-anak kata ikan Selar Kuning lagi sedap. Saya tak pasti sebab saya memang tak makan ikan cencaru.

Ikan Selar Kuning tadi, dibelah pada bahagian belakangnya untuk membuang perut dan dibersihkan. Setelah bersih dilumur bersama garam dengan sebuk kunyit dibahagian dalam dan luar sekali. Kemudian sambal tadi disumbat pada belakang ikan yang sudah dibelah dan digoreng sehingga masak. Sedia untuk dimakan.

January 23, 2010

Hari ni...resepi saya Ikan belah belakang yang disumbat dengan sambal belacan. Masakan kegemaran keluarga. Kalau di KL saya gunakan ikan cencaru...tapi disini tak ada ikan cencaru jadi saya gantikan ikan Selar Kuning....ok juga.

Saya nak buat sup ayam sikit...sebab Hafiz mungkin tak makan pedas. Masakan yang simple ...

January 20, 2010

Resepi Satay

Bahan-bahan:

- 2 kg daging ayam ( daging lembu pun boleh)
- 200 g kacang tanah (goreng tanpa minyak)
- 5 batang halia (ambil bahagian yang putih)
- 3/4 cawan gula
- serbuk kunyit secukupnya
- 50 batang lidi untuk mencucuk satay
- garam secukupnya
- 1 cawan minyak masak

Cara membuatnya :

- daging ayam dipotong lebih kurang 1 inci
- kacang tanah dan serai (hiris) dikisar bersama
air
- Setelah daging ayam dicuci bersih, digaulkan bersama kunyit , gula dan garam. Perap sebentar.
- Tuangkan kacang tanah dan serai yang telah dikisar. Gaul sehingga rata.
- Kalau perlu boleh rasa bahan tersebut samada sudah cukup rasa garam dan gula.
- Biarkan campuran tersebut semalaman didalam peti sejuk.
- Akhir sekali baru dicucuk dan dibakar diatas bara api.
- Sembail membakar satay boleh disapukan sedikit minyak masak pada daging ayam.
- Setelah masak, satay sedia dimakan bersama kuah kacang, nasi impit dan timun.

Ada kawan kat sini....dia sekeluarga suka makanan orang melayu. Hari ni dia nak makan kuih lapis. Akhirnya dapat juga menyediakan juadah kegemaran mereka. Tak sangka juga ramai lagi kawan yang lain suka kuih lapis ni....jadi saya dah siapkan resepi untuk mereka cuba. Mudah saja dan dijamin kuihnya menjadi. InsyaAllah...

Resepi Kuih Lapis



Bahan-bahan :

- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 3/4 cawan tepung beras
- 1 1/2 cawan gula ( kalau suka manis boleh tambah)
- 1 sudu teh garam
- 1.75 liter santan (santan pekat pun boleh juga)
- perwarna merah secukupnya

Cara membuat :

- campurkan tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi dan gaul hingga rata
- masukkan gula dan garam
- tuangkan santan sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
- pastikan adunan tidak berketul (jika berketul boleh ditapis)
- adunan tersebut tidak terlalu cair (kuih lapis akan lembik) atau jika pekat pula
(kuih lapis akan keras) maka sebagai panduan kacau adunan tersebut dengan senduk
dan perhatikan adunan yang melekat pada senduk itu sangat nipis.
- bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
- satu bahagian ditambah pewarna merah dan satu bahagian lagi berwarna putih

Setelah selesai membancuh adunan, panaskan loyang di dalam pengukus. Bila loyang sudah panas masukkan satu senduk adunan yang berwarna putih (kalau loyang besar mungkin perlukan adunan yang banyak sedikit). Tutup pengukus dan biarkan selama lima minit. Apabila lapisan pertama sudah masak, masukkan pula adunan yang berwarna merah dengan kadar yang sama banyak dengan adunan putih tadi. Kemudian biarkan selama 5 minit (sampai masak) dan seterusnya ulang proses yang sama sehingga habis.

Apabila selesai kuih lapis harus dibiarkan sejuk baru sedia untuk dipotong.

January 17, 2010

Lama betul tak tengok blog ni...I need to update.....I am trying..

About Me

Saya berasal dari Kampung Padang 'A', Astana Raja, Kota Negeri Sembilan. Pendidikan awal saya di Sekolah Kebangsaan Astana Raja. Cik gu yang paling saya ingat semasa di sekolah ini ialah Cikgu Hasnah Peral, Cikgu Zaharah dan Ustaz Hussin. Ada sejarah yang penyebabkan saya ingat pada mereka sampai sekarang.

Cikgu Hasnah tu...cikgu pertama di sekolah tersebut manakala Cikgu Zaharah ni...saya selalu bawakan ulam pegaga untuk dia dan dia akan bagi saya duit 20 sen..Ustaz Hussin pula...masa dia tengah mengajar, saya keluar dari kelas untuk minum air. Kemudian dia tanya saya kenapa keluar...saya jawap "saya sakit perut ustaz"...terus dia suruh saya pergi klinik. Sebenarnya saya keluar minum...sedangkan masa tu.......dot dot dot....

Kawan-kawan yang saya ingat namanya sampai sekarang antaranya Hamidah Osman, Hamidah Yusof, Nora Shamsudin, Faridah Doya, Hanita Mohamad dan Nirwana...yang lain...Mohd Hanafiah...(sebab ayahnya cikgu di sekolah)...yang lain tu tak berapa pasti...dah lama sangat..

Secondary School

Keputusan Penilaian Darjah 5 saya tu baik....dapat masuk sekolah berasrama di Sikamat Seremban. Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Mohd Said....jiran kita Sekolah Tunku Kurshiah.

Masih segar dalam ingatan lagi...sekolah masa dulu-dulu. Masa nak periksa tu...Darjah 5, Kak Lang belikan 5 buah buku untuk saya ulangkaji (semua subjek). Oleh kerana hanya ada 5 buah buku sahaja...sampai saya hafal semua jawapan...bila tengok soalan dah tau jawapannya...tak tau dah berapa kali ulang buku tu....susahnya hidup masa itu.

Bila dapat masuk asrama...masalah juga...kenapa? Mak dan abah tak ada duit. Mujur juga ada padi dalam Ku'i (tempat simpan padi)....jemur semula padi tu dan jual untuk dapatkan duit yuran sekolah (tak ingat berapa jumlah) tapi ada juga masalah lagi...apa pulak? Macamana nak pergi ke sekolah tu...di Seremban. Mujur ada Allahyarham bang Kassim....dia ada kereta...jadi kami sewa kereta dia untuk ke Seremban (45 minit dari rumah pada masa sekarang). Sehari sebelum berangkat tu...mak jual ayam...tak ingat berapa ekor...nak buat tambang dan duit untuk belanja....susah betul ya...

Masa duduk asrama...abah tak boleh datang selalu sebab abah tak ada lesen motor. Alhamdulillah...pak cik Musa...Jaga di sekolah tu tinggal berhampiran dengan kampung kami...jadinya bolehlah mak kirimkan barang pada pak cik Musa. Selalu mak akan kirim ikan bilis goreng bercili dengan kacang tanah....bila ada jer barang mak kirim...pak cik akan panggil dari bawah...Milah ooo Milah...seronoknya bila pak cik panggil...dalam fikiran adalah makanan yang sedap sikit dari makanan asrama hari ni....

Banyak kenangan di sekolah ni...Pengetuanya Ust Haji Mohd Yusof...garang betul...Guru Maths (F3) Cikgu Mat Shah...terima kasih cikgu (duduk di Gedung Lalang, Serembn), Ust Zubaidah Sheikh Ahmad, Mrs Ang (selalu tumpang teacher bila nak ke Seremban)...Guru Sains saya sangat tegas Cikgu Normah (ingat lagi celak di mata cikgu tu)....cik gu Siti Hawa (kami dok kira perkataan "a" cikgu..)...manis sungguh masa tu...

Kenangan paling manis disini.....masyaAllah hanya Allah saja yang tahu....jeng..jeng...jeng ....(malu nak ceritalah) selain itu ...dapat kutu kepala dari kawan-kawan..nak tau siapa?....alamak, dia tu kaki gaduh lah...

Abang angkat saya Abdul Razak...dan adik angkat juga Abdul Razak...yang ingat dia ni orang Dusun Nyiur Seremban..entahlah...habis kat situ jer. Kawan-kawan perempuan.... mana dia orang ni..Zunairah, Zurainah, Khatijah Abu Bakar, Zubaidah Abu Bakar, Norazlina Sidek....ah ramai lagi. Masih berhubung lagi dengan Safiah Abdul Rahman...dan Hafizah ( senior ...lupa panggilannya saya hentam Along...rupanya dia Angah).

Periksa SRP...cemerlang. Seterusnya SPM...cemerlang lagi. Mesti rajin belajar...kita orang susah ( mesti masuk U ). Alhamdulillah...masa belajar disini..saya dapat biasiswa Rm48 sepenggal...banyak masa tu..Kena tambah rajinlah sebab dapat bantuan kerajaan..masa Tingkatan 5 dapat Rm120 sepenggal...banyaknya (masa tu).

Kolej Islam Kelang

Selepas kecemerlangan terbukti dalam SPM, saya ditawarkan tempat untuk belajar bersama kawan-kawan lain yang pandai. Kolej Islam Kelang adalah antara sekolah berasrama penuh bantuan kerajaan yang terbaik pada masa itu. Sesiapa yang belajar dari sekolah beraliran agama dan lulus cemerlang dalam SRP dan SPM akan ditawarkan tempat untuk belajar di situ. Bagi saya bila saya sudah belajar di KIK maka saya sudah menempah tempat untuk ke universiti. Saya sangat yakin tentang itu.

Semasa di KIK, saya belajar bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang dalam STPM. Sepanjang saya belajar di sana saya mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Asrama saya di Kelang juga berhampiran dengan rumah kakak-kakak saya di Kuala Lumpur. Keadaan menjadi semakin mudah apabila mereka selalu melawat saya diasrama. Saya hanya menumpukan perhatian pada pelajaran saya saja. Alhamdulillah...kesemua lima matapelajaran yang saya ambil telah lulus dengan cemerlang.

Sukacita saya memberitahu bahawa usaha saya memang berbaloi. Ketika semua orang sudah tidur, saya masih lagi belajar. Sebelum semua kawan-kawan bangun dari tidur, saya sudah pun siap sedia untuk ke sekolah. Saya memang rajin belajar sebab saya nak masuk universiti. Pada masa itu tumpuan saya hanyalah pada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Allah yang Maha Mengetahui. Dia telah menentukan segala-galanya. Berkat usaha dan doa saya. Ibubapa saya juga senantiasa mendoakan kejayaan saya. Saya ditawarkan belajar di UIAM dalam jurusan Ekonomi untuk sessi 1986/90. Alhamdulillah....

Dunia